Friday, December 24, 2010

Taufiq wa Najah!

Assalamualaikum.. Saat-saat berlalu.. Minit-minit yang kita harungi.. Syukur kepada Allah kerna masih lagi dikurniakan umur yang panjang dan semangat yang terus-menerus dalam usaha penggalian ilmu di bumi anbiya ini. Pejam celik pejam celik..(entah beribu kali..^-^) kita sudah pun hampir 3 bulan di 'bumi' ini. Masa tak pernah berhenti dan tak pernah menunggu. 'Makhluk' ini taat pada Tuhannya supaya terus 'berjalan' dan terus 'berjalan' sehinggalah masanya tiba untuk berhenti yakni hari kiamat.



Kedengarann..kita sudah hampir dan ada antara kita sudah pun mengharungi peperiksaan midterm! Memang tak dapat dinafikan, tekanan akan kita hadapi sepertimana kita hadapinya ketika zaman persekolahan dulu. Namun ternyata kali ini berbeza! Allah 'mencampakkan' kita ke sini pastinya bukan untuk peperiksaan sahaja malah lebih dari itu! Kesusahan dan kepayahan itu perkara biasa dalam kehidupan sebagai seorang pelajar lebih-lebih lagi dalam bidang MEDIC dan DENSTIST.

Kesusahan pasti kita hadapi dengan PENATnya.. NAK TIDUR selalu..NAK MAKAN selalu (susah ke?) BANYAK KENA HAFAL lagi.. dan macam2.. tapi..



Percayalah! Sesungguhnya ALLAH berfirman..


94_5-6
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]
Itulah janji Allah Subhanahu wa Ta’aala terhadap setiap cabaran yang kita baca ia sebagai suatu kesusahan dalam hidup. Bahawa kesusahan itu bukanlah sebuah beban. Ia adalah sebuah persediaan untuk menyambut kebaikan dan kesenangan. Syaratnya hanya dua:
94_7-8
“Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)” [Alam Nasyrah 94: 5-6]



Oleh itu, dalam meniti hari-hari ke waktu peperiksaan itu.. (bagi MEDIC BANIN pada 15 hb Januari dan DENSTIST BANIN pada 9 hb Januari)
Janganlah kita cemari hari-hari kita dengan maksiat kerna sesungguhnya KEMAKSIATAN itu menghalang kita memperoleh ilmu dan menjadikan rezeki kita sempit disebabkan dosa keaiban yang kita lakukan.

Semoga kita dapat menjawab soalan2 dengan tenang dan sabar. Sekiranya kita memelihara hak kita  dengan Allah..percayalah.. Allah akan memelihara hak kita sebagai hambaNya...banyak2 kanlah berusaha! dan janganlah lupa pula ye untuk berdoa! Ok..semoga bermanfaat.. Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment