Thursday, December 30, 2010

Warkah dari Tib Asnan

Assalamualaikum w.b.t

Untuk pengetahuan semua,secara rasminya imtihan bagi pelajar pre-dental Azhar bagi banin akan bermula pada 9/1/2011 bersamaan 5 Safar 1432 Hijrah. Bagi subjek komputer,imtihannya sudahpun khallas,Alhamdulillah..

Jadual imtihan..





Di sini, diingatkan kepada warga pre-dental  (banin) sekalian agar sentiasa berwaspada dengan ‘MIDTERM PLAN’ kita seperti yg telah dirancangkan. Ini adalah salah satu ikhtiar & usaha kita supaya persiapan kita menjelang imtihan betul-betul mantap di samping untuk sentiasa menjaga ukhwah kita,insyaAllah. Diharap semua pihak dapat memberi kerjasama yang terbaik.Semoga Allah memberkati perjalanan dan usaha kita. Diharapkan lagi agar semua pelajar dapat menggunakan masa ‘singkat’ yang ada ini dengan sebaik-baiknya. Dengan ada ‘STUDY WEEK’ nya lagi, jadi berusahalah bersungguh-sungguh.
 Malaysia boleh! Takkan kita x boleh!

Kepada yang sudah selesai ataupun sedang menghadapi imtihan, semoga dapat melakukan yang terbaik.Jangan berhenti berharap kepadaNya, teruskan usaha,berdoa dan bertawakal kepada Allah.
                                
                                      “sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakal “

Oleh itu, kami anak2 MM dari Fakulti Pergigian Al Azhar batch pre-dental  yakni  Dr. Adri,Dr. Munauwar, Dr. Shakir, Dr. Izzat, Dr. Farid, Dr. Fazrin, Dr. Anas, Dr. Akif, Dr. Fathullah, Dr. Awang & Dr. Shahrol dengan rasa bersalahnya memohon maaf kepada semua atas segala kesalahan & kekurangan kami sebelum ini.Kami mohon doa daripada sahabat sekalian. Semoga dengan bantuan kalian, kami dapat menempuhi ‘opening imtihan’ ini dengan tenang dan seterusnya mendapat keputusan yang baik,biiznillah.




Renungkanlah wahai sahabatku..sewaktu di rumah dahulu
dalam hati ibu berkata "pergilah anakku..belajarlah bersungguh2..jangan kau lemas dlm kebebasan yang ibu berikan..ibu xhntar kamu ke sana melainkan ibu percaya kpd kamu..kerana kamu anak ibu..DALAM hati ayah pula berkata" anakku ..ayah lepaskan kamu dgn
sejuta doa moga kamu xpernah lupa nama yg kamu bawa hujung namamu,hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa piala kemenangan.”

Bittaufiq wannajah! J Allah yusahhil...

Wa akhirul kalam
Jaga diri,jaga kesihatan,jaga ibadah,
Teruskan mencari ilmu,mencari redhaNya.
Wassalam w.b.t                                                                                                                                                                                  




“Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada ku dan rakan-rakan ku, kesihatan yang cukup,
kecerdikan, isteri yang solehah, dan zuriat yang baik, jauhilah kami dari sifat malas,
takbur, hasat dengki dan kedekut, sesungguhnya engkau mengetahui segala isi hati kami, perkenankanlah ya Allah....Ya Allah.. Sesungguhnya hidup ini hanyalah sementara, Akhiratlah segala-galanya,Engkau jauhilah kami dari seksaan kubur mu, seksaan api neraka mu 
Ya Allah,Berikanlah kesedaran dan keinsafan untuk kami selalu melakukan kebaikan, bersihkanlah hati kami, wajah kami, dan seluruh diri kami.. Ya Allah..engkau bantulah saudara seislam kami di sana,engkau bantulah palestin, iraq, afghanistan, dan seluruh negara islam, hancurkanlah zionis,israil, amerika, yahudi, sesungguhnya golongan itu telah dilaknat mu Allah, 
Ya Allah..jadikanlah kami selalu bersyukur akan nikmat yang engkau berikan kepada kami,
sesungguhnya kami tidak dapat menghitung nikmat mu Ya Allah, Ya Allah,berikanlah kejayaan kepada kami, najahkanlah kami di dalam peperiksaan samaada di dunia dan di akhirat kelak,
berikanlah kami kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini,
Ya Allah,najahkanlah kami di dalam peperiksaan yang akan tiba ini,
kami belajar kerana mu Ya Allah, perkenankanlah Ya Allah, perkenankanlah Ya Allah,
Sesungguhnya kepada Engkau kami mohon pertolongan dan perlindungan, 
Amin Ya Rabbal A'lamin........”

Friday, December 24, 2010

Taufiq wa Najah!

Assalamualaikum.. Saat-saat berlalu.. Minit-minit yang kita harungi.. Syukur kepada Allah kerna masih lagi dikurniakan umur yang panjang dan semangat yang terus-menerus dalam usaha penggalian ilmu di bumi anbiya ini. Pejam celik pejam celik..(entah beribu kali..^-^) kita sudah pun hampir 3 bulan di 'bumi' ini. Masa tak pernah berhenti dan tak pernah menunggu. 'Makhluk' ini taat pada Tuhannya supaya terus 'berjalan' dan terus 'berjalan' sehinggalah masanya tiba untuk berhenti yakni hari kiamat.



Kedengarann..kita sudah hampir dan ada antara kita sudah pun mengharungi peperiksaan midterm! Memang tak dapat dinafikan, tekanan akan kita hadapi sepertimana kita hadapinya ketika zaman persekolahan dulu. Namun ternyata kali ini berbeza! Allah 'mencampakkan' kita ke sini pastinya bukan untuk peperiksaan sahaja malah lebih dari itu! Kesusahan dan kepayahan itu perkara biasa dalam kehidupan sebagai seorang pelajar lebih-lebih lagi dalam bidang MEDIC dan DENSTIST.

Kesusahan pasti kita hadapi dengan PENATnya.. NAK TIDUR selalu..NAK MAKAN selalu (susah ke?) BANYAK KENA HAFAL lagi.. dan macam2.. tapi..



Percayalah! Sesungguhnya ALLAH berfirman..


94_5-6
“Oleh itu (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Sesungguhnya (sekali lagi ditegaskan) bahawa tiap-tiap kesukaran itu disertai kemudahan” [Alam Nasyrah 94: 5-6]
Itulah janji Allah Subhanahu wa Ta’aala terhadap setiap cabaran yang kita baca ia sebagai suatu kesusahan dalam hidup. Bahawa kesusahan itu bukanlah sebuah beban. Ia adalah sebuah persediaan untuk menyambut kebaikan dan kesenangan. Syaratnya hanya dua:
94_7-8
“Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu pekerjaan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha menyambung (dengan tugasan yang seterusnya). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau hajatkan)” [Alam Nasyrah 94: 5-6]



Oleh itu, dalam meniti hari-hari ke waktu peperiksaan itu.. (bagi MEDIC BANIN pada 15 hb Januari dan DENSTIST BANIN pada 9 hb Januari)
Janganlah kita cemari hari-hari kita dengan maksiat kerna sesungguhnya KEMAKSIATAN itu menghalang kita memperoleh ilmu dan menjadikan rezeki kita sempit disebabkan dosa keaiban yang kita lakukan.

Semoga kita dapat menjawab soalan2 dengan tenang dan sabar. Sekiranya kita memelihara hak kita  dengan Allah..percayalah.. Allah akan memelihara hak kita sebagai hambaNya...banyak2 kanlah berusaha! dan janganlah lupa pula ye untuk berdoa! Ok..semoga bermanfaat.. Wallahu'alam...