Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan yang dinanti-nanti...!

bismillah. alhamdulillah 3ala kulli hal, masih diletakkan dalam bi3ah yang soleh; Bulan Ramadhan. sekadar perkongsian untuk pembaca... dan tazkirah bagi orang Mukmin itu sendiri. 

benda kat atas ni untuk mengimarahkan Ramadhan @ Mesir.


Ramadhan telah datang kepada kita... sebelum Ramadhan, buat status kat fb "tak sabarnya nak sambut Ramadhan!!!" "Ramadhan tahun ni nak target buat amal maksimum!" "nak khatam Quran 2 kali untuk Ramadhan kali ni...." and blablablabla status yang menunjukkan semangat Ramadhan kita.

so, macamana status Ramadhan kita sekarang? hari ini dah 9 Ogos = 9 Ramadhan.... macamana amalan kita? 

buat mereka yang menyambut Ramadhan di Mesir, pasti antum semua rasa seronok... dapat rasa bagaimana bangsa lain mengimarahkan bulan berkah.. paling tidak pun, bi3ah (keadaan) sekeliling antum penuh dengan orang yang membuat amal soleh. berlumba-lumba membuat kebaikan (sedekah, tilawah Quran, dsb).. jangan sia-siakan peluang Ramadhan anda di sana... (sebab penulis sedang berada di Malaysia)



buat mereka yang berada di Malaysia, jangan terpedaya dengan helah nafsu yang mengajak untuk membuang masa.. keadaan di surau2 sudah berkurangnya saff jemaah. kalau 8 rakaat pun sudah berkurang, apatahlagi 23 rakaat.. susahkan nak istiqamah buat amal?? kadang-kadang tu, masa puasa kita banyak dibahagikan ke arah tidur.. padahal, Quran ada je kat sebelah kita. ish2, teruknya diri kita... nak kata syaitan bisik-bisik suruh tidur, mustahil...! tahniah buat mereka yang mampu istiqamah...!!

suasana di jalan TAR 



ini pun kat jalan TAR. tak kurangnya orang yang nak jemaah, walaupun kat tempat shopping. Alhamdulillah. :)

"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan di mana telah diwajibkan kepada kamu berpuasa. Di bulan inilah pintu langit dibuka seluas-luasnya, ditutup rapat pintu neraka, diikat pula pergerakan syaitan, di bulan inilah juga terdapat 1 malam yang lebih baik dari seribu bulan. Jadi sesiapa yang terlepas akan keberkatan dan kebaikan malam tersebut, maka dia adalah orang yang rugi & terlepas dari segala kebaikan malam itu."
-hadis ar-Rasul-

sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Al-Farisi, "Adalah bulan Ramadhan; awalnya rahmat, pertengahannya pengampuanan dan akhirnya pembebasan dari api neraka" 

konklusinya, 10 yang pertama = rahmat. 10 pertengahan (11-20) = pengampunan. 10 terakhir (21-30) = itqan mina an-Nar, pembebasan dari api neraka...


wallahu'alam. sama-sama kita beramal agar terhasil individu baru pada 1 Syawal, inshAllah... 


Firman Allah dalam al-Quran, "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."